Allah menurunkan ujian kepada hambanya kerana ingin hambanya terus dekat kepadanya,
sungguh aku menyesal kerana telah melakukan kesalahan itu,
dan aku x pernah menyesal kerana terpaksa melepaskan dirinya.
segala kemahuan org kecewa aku turuti,
meski dia fikir bahawa aku akan kecewa dengannya,
percaya lah, aku redha dengan semua ini.
aku telah menduga semua ini bakal berlaku,
dan tanpa aku sedari, aku telah bersedia menghadapi semua ini.
tanpa aku sedari, Allah telah beri aku kekuatan untuk kehilangan dirinya.
meski pun, bukan kerelaan kami.
mungkin kami sedih sbb kami tidak mampu untuk menjadi sahabat seperti dulu.
tapi, bagi aku, sahabat, teman, kawan, tidak semestinya harus saling menghubungi,
ingatan yg tulus dan ikatan perasaan saling memberi kekuatan ketika sukar sudah cukup.
percayalah, yang aku akan sentiasa memberi kekuatan kepada kamu.
percayalah aku akan sentiasa mengerti kamu,
walaupun hanya sekilas pandangan.
aku akan mengerti setiap apa yang kamu harus lakukan.
mungkin ini adalah satu langkah untuk aku agar aku sentiasa fokus untuk apa yg aku harus lakukan.
kerana, aku sudah menyimpang jauh dr apa yg aku harus lakukan.
jujur lepas aku betul2 berjanji untuk tinggalkan segalanya,
aku x berasa sedih.
tp. mungkin untuk masa ini,
tapi itu x menjadi sesuatu yg penting,
yg penting ketika ini,
apa yg bakal berlaku nanti, aku akan tempuhi dgn satu pelajaran.
pelajaran hidup yg x pernah terlintas dalam ingatan.
mungkin ketika ini, kita x nampak apa hikmah yg tersembunyi,
tapi satu hari nanti baru kita faham apa yg telah Allah aturkan untuk kita.
jatuhnya kita tika ini adalah untuk menjadi kuat masa hadapan.
awak, saya harap awak pn kuat untuk hadapi hidup.
walaupun saya tahu awak x sekuat lelaki lain,
tapi percayalah, ada kekuatan yg tersimpan dlm diri awak.
cari kekuatan itu untuk diri awak.
sebab itu yg awak pilih.
saya mampu untuk brdiri lagi,
masih mampu tersenyum,
masih mampu untuk hadapi hidup.
our friendship will never ends,
it still remain in our heart.
but, just keep it deep in your heart.
you know i am strong.
i used to be alone,
i can survive even there is no one besides me.
walaupun awak x boleh baca apa yg saya tulis ni,
tp saya harap kekuatan saya ni, mampu beri kekuatan untuk awak,
yakin pada ketentuan Allah.
satu hari nanti kita akan dapat jawapannya.
itu keyakinan saya.
jika kita yakin pada Allah, kita kan kuat.
terpisahnya kita bukan kerana saling membenci,
tapi hikmahnya akan menyusul kemudian.
rahsia Allah kita x pernah boleh duga
hanya masa yg bakal tentukan segalanya.
redha lah kerana Allah,
kerana redha kerana Allah, maka Allah akan aturkan yg terbaik untuk kita.
No comments:
Post a Comment